 |
 |
 |
|
Thursday, January 05, 2006
Tidak di campak seseorang ke neraka disebabkan sewaktu hidupnya dahulu dia mengidap penyakit jantung..kusta.. atau kencing manis..
Tetapi di masukkan seseorang itu ke neraka kerana dia menghidap penyakit hati.. sombong.. suka berhasad dengki.. bakhil.. riyak... tamak dan segala macam lagi..
Sabd Nabi s.a.w............ISI NERAKA ITU SETIAP ORANG YANG KASAR... SOMBONG... ANGKUH KEPADA TEMAN-TEMANNYA.. PENGUMPUL HARTA YANG TIDAK MEMBERIKAN KEPADA YANG BERHAK.. DAN ISI SHURGA ITU.. ORANG-ORANG YANG LEMAH .. YANG SEDIKIT HARTANYA (miskin)..
(Riwayat Ahmad & Baihaqi)
Posted at Thursday, January 05, 2006 by rozai
Permalink
Wednesday, November 23, 2005
ANDAINYA CINTA ITU HENDAK DIBERI
Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...
1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.
2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.
4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.
9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya dan keluarganya.
10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."
Posted at Wednesday, November 23, 2005 by rozai
Permalink
Wednesday, November 09, 2005
Gugusan hari-hari
Indah bersamamu
Kamelia...
Bangkitkan kembali
Rinduku mengajakmu
Ke sana
Inginku berlari
Mengejar seribu bayangmu
Kamelia...
Tak peduli kan ku terjang
Biar pun harus kutembus
Padang ilalang
Tiba-tiba langkahku terhenti
Sejuta wajah telah menahanku
Inginku mati mereka berkata
Tak perlu kau berlalri
Mengejar impian tak pasti
Hari ini juga mimpi
Maka biarkan ia datang
Di hatimu..
sweet charity
Posted at Wednesday, November 09, 2005 by rozai
Permalink
Tuesday, November 08, 2005
Posted at Tuesday, November 08, 2005 by rozai
Permalink
CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)
TP (CT) :
Cinta itu buta
dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu
(Aku cinta padamu)
hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati
(Kau selalu di hati)
tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing
tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca
kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)
Dua dunia kita berbeza
CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)
TP (CT) :
Suka di kala malam termimipi-mimpi
(termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari
(mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar
tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala
hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta
jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat
tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji
tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza
CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)
TP & CT :
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung
TP (CT) :
Cabaran menikam
kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung
(walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
(sepatah dari mu satu kesyukuran)
Tapi bila bertentang mata
tidak terbentang kata
(Kata apa saja)
iya tapi tentang apa
(iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik
Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
(Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang
Antara dua dunia
(Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang
(Biar khayalan ku melayang)
CT :
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (4x)
Posted at Tuesday, November 08, 2005 by rozai
Permalink
Thursday, October 27, 2005
Begitu agungnya ibadah puasa, sampaikan ALLAH s.w.t. menyediakan satu pintu khusus untuk orang yang benar-benar berpuasa
Daripada Sahl Ibn Saad r.a., dari Nabi s.a.w. baginda bersabda, Sesungguhnya pada syurga itu ada satu pintu yang di sebut ar-Rayyan. Pada Hari Kiamat nanti, yang akan masuk melaluinya ialah orang-orang yang benar-benar berpuasa. Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya(pintu tersebut) melainkan mereka (Nanti) akan di katakan: Di manakah mereka yang benar-benar berpuasa (di dunia dahulu)? Maka mereka pun bangun. (Sekali lagi) Tidak ada golongan lain yang akan masuk melaluinya(pintu tersebut) melainkan mereka. Maka, apabila mereka telah memasukinya (pintu ar-Rayyan tersebut), ia akan di tutup, maka seorang pun tidak akan memasukinya (selepas itu). |Riwayat Bukhari dan Muslim|
Posted at Thursday, October 27, 2005 by rozai
Permalink
Tuesday, August 02, 2005
DIALOGUE ANTARA LEMBU & AYAM
Ayam :Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu :Kenapa kau kata macam tu?
Ayam :Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu :Hah! Buat apa pulak?
Ayam :Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,
macamana aku nak dapat anak!
Lembu :Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam :?? Maksud kau?
Lembu :Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun
tak pernah panggil aku MAK!
Ayam :Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Posted at Tuesday, August 02, 2005 by roza
Permalink
Thursday, June 16, 2005
Rahsia jadi ayah yang berkesan
Oleh Endok Sempo Mohd Tahir
BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:
Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.
Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.
Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.
Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.
· Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosial dan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
· Lima kali lebih teruk prestasi pembelajaran.
· Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
· Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.
(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)
Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-
· Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.
Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.
Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!
· Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.
Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka
· Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.
Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.
· Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka. Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.
· Mencintai ibu mereka.
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.
Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.
· Menjadi pendengar yang baik
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.
· Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit.
Selamat Hari Bapa!
PENULIS boleh dihubungi pada wanitajim0@yahoo.com dan persoalan boleh dilihat di www.wanitjimceria.blogspot.com
Posted at Thursday, June 16, 2005 by roza
Permalink
Monday, May 16, 2005
"Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"
Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.
Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."
Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."
Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi.
"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?
Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!!"
- Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki keretapi mel-malam ke Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri.
Posted at Monday, May 16, 2005 by roza
Permalink
Wednesday, May 11, 2005
Haram lelaki Islam berjual beli sebaik azan Jumaat
Dalam Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Y.Bhg Tn Hj
Arshad (Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan)
di Surau Alamanda pada Jumaat 6 Mei 2005 yang lalu,
seorang jemaah telah bertanya pada beliau mengenai
hukum mereka yang berniaga di kawasan masjid pada hari
Jumaat.
Tn Hj Arshad menjelaskan adalah Haram lelaki Islam
berjual atau membeli barangan sebaik sahaja azan
pertama Jumaat dilaungkan bukan sahaja di perkarangan
masjid malah dimana-mana jua hatta di pasaraya ,
restoran dan sebagainya. Walaupun mereka yang berjual
beli ini tidak mendengar azan tetapi ianya tetap haram
kerana kita sudah ada segala kemudahan sekarang dengan
jam, radio, takwim dan sebagainya untuk menentukan
bila masuk waktu.
Lelaki Islam yang menjual haram dan lelaki Islam yang
membelinya juga haram. Tetapi tidak haram jika yang
menjualnya wanita Islam dan membelinya wanita Islam.
Tidak haram jika yang menjualnya wanita Islam tetapi
haram jika membelinya lelaki Islam.
Di Masjid Bandar Baru Senawang ada seorang sahabat
yang lengkap berjubah putih dan berserban menjual air
soya di luar perkarangan masjid. Ketika azan pertama
dilaungkan hingga khutbah dibaca, penjual dan pembeli
sedang sibuk berjual beli. Ini adalah haram kalau
mengikut penjelasan Us Arshad.
Bayangkan orang Islam lelaki yang sedang menikmati
makan tengahari jam 1:20 tgh di KFC sementara menunggu
solat Jumaat atau minum cendol di benteng, sumber
rezekinya Halal tetapi waktunya Haram. Itu yang yang
hendak menunggu solat Jumaat, apatah lagi yang
langsung tak solat Jumaat.
Ini adalah berdasarkan Firman Allah s.w.t. :
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk
kamu menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka
bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan
meninggalkan jual beli. Yang demikian itulah lebih
baik bagimu jika kamu mengetahui".
Surah Al-Jumu'ah, ayat 9
wassalam.
Posted at Wednesday, May 11, 2005 by roza
Permalink
|
|
 |
|
 |
 |
 |
|
 |
|